Gempur rumah kongsi, 27 PATI termasuk 2 kanak-kanak ditahan

Operasi lebih tujuh jam yang bermula jam 10 malam di beberapa rumah kongsi sekitar Balakong dan Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling pada malam Jumaat.
Operasi lebih tujuh jam yang bermula jam 10 malam di beberapa rumah kongsi sekitar Balakong dan Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling pada malam Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Berjalan kaki hampir satu kilometer dari jalan utama ke lokasi persembunyian pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak menghalang 15 penguat kuasa pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) melakukan serbuan ke atas PATU terbabit.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi lebih tujuh jam yang bermula jam 10 malam di beberapa rumah kongsi sekitar Balakong dan Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling pada malam Jumaat.

Bagaimanapun menurut beliau, pelbagai taktik digunakan oleh PATI bagi mengelak ditahan termasuk bersembunyi di sebalik pintu tandas, dalam almari pakaian serta merayu sambil menangis.

"Anggota penguat kuasa terpaksa berjalan kaki sejauh hampir satu kilometer dari jalan utama sebelum sampai ke salah satu kawasan penempatan haram berkenaan kerana sukar dilalui dengan kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Seorang PATI cuba menyorok di dalam almari pakaian dan belakang pintu bilik air.
Seorang PATI cuba menyorok di dalam almari pakaian dan belakang pintu bilik air.

Menurut beliau, seramai 55 diperiksa dan 27 PATI warga Indonesia termasuk dua kanak-kanak ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Tambah beliau, kesemua mereka berusia antara setahun hingga 54 tahun membabitkan 10 lelaki, 14 wanita dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Menurutnya, kesemua tahanan direman selama 14 hari di Depoh Imigresen Semenyih di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

"Semasa pemeriksaan, mereka dikesan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit yang sah dan seksyen 15(1)(c) Akta yang sama iaitu tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan," katanya.

Seramai 27 PATI ditahan dalam operasi pada Jumaat.
Seramai 27 PATI ditahan dalam operasi pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan akan mengesan pemilik premis yang memberi sewa serta individu yang melindungi PATI.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah supaya menyertai program Rekalibrasi PATI yang sedang berlangsung sehingga akhir tahun ini.