X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Dakwaan Sanusi amat serius: Mukhriz

Datuk Seri Mukhriz Mahathir
A
A

ALOR SETAR - Dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa wujud rekod membuktikan terdapat pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah sebanyak RM13 juta dimasukkan ke akaun bank di luar negara adalah amat berat.

Ketika soalan mengenai isu tersebut dibangkitkan wartawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ini kali pertama beliau mendengar dakwaan itu disebut.

Mukhriz yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah berkata, kenyataan dikeluarkan Muhammad Sanusi merupakan satu dakwaan sangat serius.

"Kita berharap boleh dapat kenyataan rasmi. Tidak perlulah melontar dakyah atau tohmahan begitu saja, seolah-olah langgar lari. Ini kali pertama saya dengar perkara itu apabila wartawan membangkitkan soalan berkaitan perkara itu.

"Saya juga tidak tahu tentang satu isu lagi yang turut dibangkitkan dan menanti kenyataan rasmi berhubung kedua-dua dakwaan tersebut sebelum membuat kenyataan lanjut," katanya pada sidang akhbar secara maya pada Selasa.

Pada Selasa, Muhammad Sanusi mendedahkan terdapat rekod membuktikan berlaku pemindahan wang milik MBI Kedah sebanyak RM13 juta dimasukkan ke akaun bank yang berpangkalan di Kanada.

Muhammad Sanusi yang juga ADUN Jeneri berkata, transaksi itu berlaku ketika Mukhriz menerajui kerajaan negeri sebelum ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!