Hentian Lagong arah utara ditutup empat bulan mulai 29 April

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hentian Sebelah Lagong Arah Utara di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan ditutup selama empat bulan bermula 29 April ini bagi kerja-kerja baik pulih.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam kenyataan hari ini berkata, susulan penutupan oleh pemegang konsesi Lebuhraya GCE, Prolintas Expressway Sdn Bhd (PESB) itu, semua kemudahan seperti tandas awam dan surau di hentian itu juga akan ditutup sepanjang tempoh berkenaan.

Kerja-kerja membaik pulih ini adalah komitmen berterusan Prolintas dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh rayanya.

"Sebagai alternatif pengguna Lebuhraya GCE disaran menggunakan fasiliti dan kemudahan di hentian berdekatan seperti di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang Arah Utara (PLUS) atau R&R Kundang Barat (LATAR),” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, hubungi talian hotline Prolintas di 1800-22-8888 atau meng-e-melkan kepada feedback@prolintas.com.my. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: