X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Penutupan jalan Simpang Pulai tidak libatkan Cameron Highlands

Kejadian tanah runtuh yang menyebabkan penutupan jalan di Kilometer 43.95 Jalan Simpang Pulai- Blue Valley tidak membabitkan kawasan dalam daerah Cameron Highlands. (Gambar kecil: Wan Rosdy)
A
A

KUANTAN - Kejadian tanah runtuh yang menyebabkan penutupan jalan di Kilometer 43.95 Jalan Simpang Pulai- Blue Valley tidak membabitkan kawasan dalam daerah Cameron Highlands.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dakwaan sesetengah pihak melalui beberapa hantaran di media sosial yang mengaitkan kejadian tanah runtuh itu berlaku dalam kawasan Cameron Highlands amat dikesalkan.

Menurutnya, kejadian tanah runtuh di KM 43.95 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley berada dalam daerah Kinta, Perak.

"Ia berlaku akibat kegagalan cerun dan susulan kejadian itu laluan berkenaan ditutup sepenuhnya sejak Sabtu.

"Saya juga kesal dengan paparan video di media sosial mengaitkan banjir lumpur yang kononnya turut berlaku di Cameron Highlands sedangkan ia berlaku di tempat lain," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Wan Rosdy berkata, rakyat diharap tidak terkeliru dengan dakwaan itu khususnya yang melibatkan kawasan popular seperti tanah tinggi Cameron Highlands.

Jalan Persekutuan FT 185 Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) Seksyen 43.9 ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas berlaku jalan runtuh akibat kegagalan cerun pada Sabtu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu berkemungkinan disebabkan faktor hujan yang berterusan menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.

Kawasan terlibat sepanjang 30 meter dan lebar dari aras jalan runtuh dianggarkan 4.5 meter.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!