X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Pengunjung air terjun Sungai Pisang dikompaun langgar SOP

Pasukan polis melakukan pemantauan SOP di air terjun Sungai Pisang pada Khamis.
A
A

GOMBAK - Polis mengeluarkan tujuh kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan 46 saman trafik ke atas pengunjung di kawasan air terjun Sungai Pisang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut mengeluarkan dua kompaun dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada Khamis.

Menurutnya, kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak lengkap vaksinasi, selain penjaga kawasan rekreasi didapati gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung.

"Sementara saman trafik kebanyakannya dikeluarkan di Jalan Ulu Yam membabitkan kenderaan pengunjung yang diletakkan dibahu jalan sehingga pengguna jalan raya lain terpaksa memperlahankan kenderaan mereka.

"Saman juga dikeluarkan terhadap penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik seperti tiada cermin sisi, tidak memakai topi keledar dan tiada lesen memandu," katanya pada Khamis.

Pemantauan SOP di air terjun Sungai Pisang pada Khamis.
Pemantauan SOP di air terjun Sungai Pisang pada Khamis.

Jelasnya, kawasan rekreasi dibenarkan dibuka untuk orang awam namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kebenaran itu terkecuali bagi kawasan rekreasi yang diwartakan sebagai Kawasan Hutan Simpan Kekal," katanya.

Pada Khamis, Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah, Khairul Nizam Mohamed memberitahu, kawasan hutan simpan termasuk air terjun Sungai Pisang masih tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti melibatkan orang ramai.

Katanya, perkara itu berpandukan SOP terkini yang telah dikeluarkan oleh MKN yang tidak membenarkan aktiviti termasuk berkelah.

"Mungkin kerana orang ramai agak keliru dengan syarat pematuhan SOP tersebut yang sebenarnya tidak melibatkan kawasan hutan simpan," memetik laporan Awani.

Pasukan polis melakukan pemantauan SOP di air terjun Sungai Pisang pada Khamis.
Pasukan polis melakukan pemantauan SOP di air terjun Sungai Pisang pada Khamis.

Sebelum ini, beberapa foto yang menunjukkan sekumpulan orang ramai melakukan aktiviti mandi manda dan berkelah yang dipercayai berlaku di sungai terbabit tanpa penjarakan sosial telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Insiden yang seakan pesta itu dipercayai berlaku sejurus selepas kelonggaran merentas daerah selepas Lembah Klang mula beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!