Treler rosak mengundur langgar tujuh kenderaan

Lapan kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh arah Rawang pada Rabu.
Lapan kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh arah Rawang pada Rabu.
A
A
A

GOMBAK - Sebuah treler yang mengundur selepas mengalami kerosakan ketika sedang melalui jalan raya di Kilometer 14 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh arah Rawang di sini mengakibatkan kemalangan babit tujuh kenderaan lain pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11 pagi.

"Selain treler, kenderaan lain ialah sebuah lori, van, motosikal jenis Honda EX5 serta empat buah kereta.

"Siasatan awal mendapati treler jenis Volvo dengan muatan 'steel bar' dari arah Kuala Lumpur menghala Rawang itu telah mengalami kerosakan mekanikal dan telah mengundur sebelum melanggar kenderaan di belakangnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu treler terbabit patah tangan, manakala mangsa lain mengalami cedera ringan.

Katanya, kesemua kenderaan terlibat telah dialihkan dan laluan boleh digunakan semula kira-kira jam 12.45 tengah hari.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau 03-61262222," ujarnya.

Artikel Berkaitan: