Wanita maut tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

Anggota bomba membantu mengangkat mayat yang ditemui di bawah runtuhan sebuah rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Palas, di sini pada Khamis.- Foto JBPM Pahang
Anggota bomba membantu mengangkat mayat yang ditemui di bawah runtuhan sebuah rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Palas, di sini pada Khamis.- Foto JBPM Pahang
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Seorang wanita warga emas ditemui mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Palas di sini pada petang Khamis.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Vijaya Kuppuswami, 59 tahun ditemui pada jam 5.41 petang di bawah runtuhan sebuah rumah yang terlibat dalam insiden itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 3.30 petang itu turut melibatkan dua lagi mangsa wanita namun kedua-duanya terselamat dan hanya mengalami luka kecil.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Anggota bomba membantu mengangkat mayat yang ditemui di bawah runtuhan sebuah rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Palas, di sini pada Khamis. - Foto JBPM Pahang
Anggota bomba membantu mengangkat mayat yang ditemui di bawah runtuhan sebuah rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Palas, di sini pada Khamis. - Foto JBPM Pahang

"Ketika tiba di lokasi anggota mendapati berlaku runtuhan tanah yang telah meruntuhkan sebuah rumah.

"Berdasarkan maklumat mendapati seorang mangsa telah tertimbus dan kerja-kerja mencari segera dilakukan dengan dibantu tiga jengkaut untuk membersihkan sisa runtuhan dan lumpur," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Anuar berkata, mayat mangsa berjaya ditemui dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku akibat hujan lebat.

Operasi mencari mayat mangsa turut menggunakan jengkaut bagi membersihkan sisa runtuhan dan lumpur.- Foto JBPM Pahang
Operasi mencari mayat mangsa turut menggunakan jengkaut bagi membersihkan sisa runtuhan dan lumpur.- Foto JBPM Pahang