X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

MKI putuskan SOP solat jemaah

Idris Ahmad
A
A

MELAKA - Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada Rabu telah memuktamadkan draf pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, hasil muzakarah disertai mufti-mufti di seluruh negeri yang diputuskan itu merupakan panduan dan akan diserahkan kepada jabatan agama negeri masing-masing.

Bagaimanapun, menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya menjadi penyelaras termasuk memberikan pandangan, namun segala ketetapan berkaitan solat jemaah termasuk kuota jemaah yang dibenarkan adalah di bawah bidang kuasa agama setiap negeri dan terpulang kepada mereka untuk melaksanakan SOP berkenaan.

"Kami tidak boleh campur urusan agama negeri, kami perlu hormat, itu adalah merupakan bidang kuasa mereka.

"Kadang-kadang netizen marah, masjid tidak boleh datang ramai, ini bukan tugas kami kerana soal agama di bawah negeri," katanya.

Idris menyampaikan kotak makanan kepada seorang peneirma pada program Penyerahan Foodbank YaPEIM dan Kotak Makanan YADIM di Masjid Al-Wahhab Permatang Duyong, di sini, pada Khamis.
Idris menyampaikan kotak makanan kepada seorang peneirma pada program Penyerahan Foodbank YaPEIM dan Kotak Makanan YADIM di Masjid Al-Wahhab Permatang Duyong, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Penyerahan Foodbank YaPEIM dan Kotak Makanan Yadim di Masjid Al-Wahhab Permatang Duyong di sini pada Khamis.

Hadir sama, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil dan Penasihat Agama Ketua Menteri, Datuk Kamarudin Sidek.

Pada program itu, Idris turut menyerahkan kotak makanan Yadim kepada Kamarudin dan lima penerima selain lawatan ke tiga buah rumah.

Jelas beliau, masjid berbeza dengan tempat lain seperti kilang atau pusat beli-belah yang perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja.

"Masjid perlu melalui bidang kuasa kerajaan negeri, jangan kita langgar hak orang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!