X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 1.6 peratus kategori tiga, empat dan lima pada Rabu

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - Hanya 1.6 peratus atau 308 kes daripada 19,495 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hingga 12 tengah hari pada Rabu adalah daripada kategori tiga, empat dan lima.

Kategori tiga adalah mereka yang mempunyai radang paru-paru, empat (perlu bantuan oksigen) dan lima (perlu bantuan pernafasan).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, baki 19,187 kes atau 98.4 peratus adalah daripada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua, bergejala ringan.

"Daripada jumlah kes baharu juga, 11 adalah kes import melibatkan lima warganegara dan enam rakyat asing manakala 19,484 kes pula melibatkan penularan dalam negara iaitu 17,860 warganegara dan 1,624 rakyat asing.

"Sebanyak 18,760 kes sembuh turut dicatatkan menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini ialah 1,783,339 kes iaitu 87.8 peratus," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Rabu.

Menurutnya, terdapat 1,272 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) merangkumi 911 kes disahkan positif Covid-19 manakala 361 kes lagi adalah disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 641 kes memerlukan bantuan pernafasan melibatkan 414 kes disahkan Covid-19, sementara 227 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

"25 kluster baharu turut dikesan dengan 14 daripadanya berkaitan tempat kerja, tujuh berkaitan penularan dalam komuniti, dua berkaitan kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu kluster berkaitan pendididikan serta keagamaan.

"Jumlah kluster yang telah tamat pula ialah 3,783 kluster dan jumlah kluster aktif sebanyak 1,424 kluster," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.96, manakala mengikut negeri, Sarawak mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.11, diikuti Terengganu (1.04), Johor dan Pahang (1.01) serta Pulau Pinang dan Kelantan (1.0).

"Semua negeri lain mencatatkan RT di bawah 1.0 iaitu Perak (0.99), Sabah (0.92), Melaka (0.92), Kedah (0.91), Putrajaya (0.88), Negeri Sembilan (0.86), Perlis (0.86), Selangor (0.83), Kuala Lumpur (0.79) dan Labuan (sifar)," katanya.

Bagi data kematian ia akan dimuat naik dan dipaparkan menerusi laman Github dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my tengah malam Rabu

Sementara itu, beliau berkata, hingga 13 September lalu, sebanyak 758,919 ujian RTK-Ag (kendiri) telah dijalankan dengan 14.5 peratus daripadanya iaitu seramai 107,421 individu dikesan positif Covid-19. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!