X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Empat kluster baharu diisytihar di Sarawak

Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A

KUCHING - Empat kluster baharu Covid-19 diisytihar di Sarawak pada Selasa dengan tiga daripadanya di daerah Kuching manakala satu lagi di Subis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan satu daripada kluster di Kuching ialah Kluster Taman Bong Chin yang melibatkan sebuah pusat jagaan warga tua dengan 10 individu dikesan positif Covid-19 daripada 78 orang yang disaring.

Bagi Kluster Jalan Upland pula, seramai 51 individu terdiri daripada pekerja dan penghuni sebuah pusat jagaan kanak-kanak telah dikesan positif manakala 22 individu dijangkiti virus itu dalam Kluster Kampung Segedup, kluster ketiga dalam daerah itu.

Di Subis pula, seramai 22 individu dikesan dijangkiti Covid-19 di sebuah rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang membawa kepada pengisytiharan Kluster Jundak Saeh Merah.

Pada Selasa, jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak menurun kepada 1,934 kes berbanding 3,522 kes pada Isnin menjadikan kumulatif kes kini 162,303 manakala angka kematian kini mencecah 639 orang apabila sembilan kes baharu dilaporkan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!