Dua maut, seorang parah nahas di Jeli

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut di sini pada Jumaat. - Foto Ihsan pembaca.
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut di sini pada Jumaat. - Foto Ihsan pembaca.
A
A
A

JELI - Dua pemuda meninggal dunia dalam nahas melibatkan tiga buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 87, Jalan Kota Bharu- Machang-Gerik, pagi Jumaat.

Dalam kejadian jam 11.11 pagi itu, dua mangsa berumur 17 tahun dari Kota Bharu dan seorang lagi berumur 31 dari Jeli maut manakala seorang lagi penunggang motosikal berumur 17 tahun dari Jeli mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin ketika dihubungi memberitahu, pemandu kereta dari Gua Musang bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kereta yang dipandu dipercayai dalam perjalanan dari arah Tanah Merah menghala ke Jeli.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta itu dipercayai membuat pusingan 'U' sebelum salah seorang mangsa yang menunggang motosikal merempuh kenderaannya.

"Kemudian datang dua lagi motosikal melanggar kenderaan yang sama," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: