Gempa bumi lemah landa Kinabatangan

Pusat gempa dikesan pada koordinat 5.1 darjah Utara dan 116.8 darjah Timur.
Pusat gempa dikesan pada koordinat 5.1 darjah Utara dan 116.8 darjah Timur.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuamut, Kinabatangan pada jam 5.32 pagi Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa dikesan pada koordinat 5.1 darjah Utara dan 116.8 darjah Timur.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 118 kilometer (km), pada jarak 223 km barat laut dari Tarakan, Indonesia dan 34 km barat daya dari Tongod.

Menurut kenyataan itu lagi, tiada ancaman tsunami setakat ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Suriyadi Drawis berkata, setakat ini tiada panggilan diterima oleh pihaknya berkaitan kejadian gempa bumi tersebut.

"Bagaimanapun, kita sedang melakukan rondaan dan buat pemeriksaan bangunan di beberapa lokasi sekitar Kinabatangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!