Gelandangan ditemui meninggal dunia dalam tandas

Mangsa merupakan seorang gelandangan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan. - Foto ihsan orang awam
Mangsa merupakan seorang gelandangan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan. - Foto ihsan orang awam
A
A
A

TEMERLOH - Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dalam tandas Kompleks Niaga Pelbagai Temerloh, di sini pada Rabu.

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tandas tersebut.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.17 pagi.

"Mangsa merupakan seorang gelandangan berusia 68 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan tiada unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk saringan Covid-19 dan bedah siasat

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," kata beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Azhar mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.

"Mereka boleh menyalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh atau balai polis berdekatan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kejadian," katanya.