X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Covid-19: 18,547 kes baharu hari ini, Sarawak tertinggi

Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 kembali meningkat kepada 18,547 dengan Sarawak kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian, iaitu 3,200 kes.

Tujuh lagi negeri merekodkan bilangan kes empat angka adalah Selangor (2,407), Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487), Kelantan (1,458) dan Perak (1,197).

Pahang melaporkan sedikit peningkatan berbanding Isnin iaitu 742 kes dan Terengganu pula merekodkan 645 kes.

Kes positif Covid-19 di Melaka adalah (448), Negeri Sembilan (229), Putrajaya (22), Perlis (20) dan Labuan (empat).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini adalah 1,880,734 kes.

"Secara keseluruhan sehingga 7 September 2021, daripada 1,880,734 kes positif Covid-19, sebanyak 1,721,274 kes iaitu 91.5 peratus adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksin," katanya.

Menurutnya, hanya 159,460 kes iaitu 8.5 peratus membabitkan pesakit mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

"Terdapat 252,002 kes aktif di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 1,318 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 341 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

"Sebanyak 735 kes termasuk 477 disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan yang memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 311 kes kematian direkodkan termasuk 93 daripadanya adalah kes BID (meninggal di luar fasiliti kesihatan).

"Kes kematian membabitkan 270 rakyat tempatan dan 41 warga asing dengan jumlah keseluruhannya, 18,802 kes," katanya.

Sementara itu, sebanyak 18,902 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatifnya 1,609,930 kes.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti 39 kluster baharu yang terdiri daripada 23 kluster tempat kerja, dan 13 kluster komuniti," katanya.

Tambah Dr Nor Hisham, masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, institut pendidikan swasta dan pusat tahanan turut dikenal pasti.

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 4,960 dengan 3,495 daripadanya telah diisytiharkan tamat dan selebihnya, 1,465 kluster masih aktif," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!