X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

50 peratus penduduk Johor lengkap dua dos vaksin

Hasni Mohammad
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 50 peratus penduduk di negeri ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, setakat Khamis.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata, perkembangan terbabit menunjukkan momentum vaksinasi yang baik di negeri ini seterusnya diharap dapat diteruskan bagi mencapai imuniti kelompok.

"Alhamdulilah, sebanyak 50 peratus penduduk negeri ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin semalam (Khamis).

"Ini adalah momentum yang bagus untuk Johor," katanya menerusi akaun Twitternya pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, Hasni turut berkongsi statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang memaparkan 50 peratus populasi Johor sudah lengkap mendapat dua dos vaksin, manakala 81 peratus penduduk negeri ini sudah mendapat satu dos vaksin.

Pada Khamis, Hasni dilaporkan berkata, Johor dijangka akan beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada minggu ini, selepas dijangka menerima 1.9 juta dos vaksin Covid-19.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor mengarahkan supaya kadar vaksinasi di enam negeri termasuk Johor ditingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan September.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!