KKM, KPM bincang isu wajibkan guru ambil vaksin

KKM akan berbincang dengan KPM berhubung isu untuk mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan. Gambar hiasan
KKM akan berbincang dengan KPM berhubung isu untuk mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung isu untuk mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dasar tersebut membabitkan implikasi perundangan.

"Saya kena bincang dengan KPM," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya, pada Jumaat.

Menurutnya, keperluan pengambilan vaksin Covid-19 terhadap guru pada ketika ini adalah berdasarkan konsep sukarela.

"Ia perlu diperhalusi bersama Menteri KPM, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin samada boleh wajibkan pengambilan vaksin secara ‘sectorial mandate’," katanya.

Beliau berkata demikian mengenai keperluan mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 terhadap guru.

Malaysia mempunyai seramai 412,000 guru dengan 96.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 83.5 peratus pula sudah lengkap vaksinasi.

Bagi kakitangan sokongan pula, sebanyak 84.8 peratus telah menerima satu dos vaksin manakala 68.8 peratus sudah lengkap dua dos vaksin.

Artikel Berkaitan: