JAIS perlu jelas isu pertukaran guru SRA, KAFA ke luar daerah

Tangkap layar kenyataan Pas Kawasan Kuala Selangor di Facebook.
Tangkap layar kenyataan Pas Kawasan Kuala Selangor di Facebook.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pas Kawasan Kuala Selangor meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi penjelasan berhubung dakwaan pertukaran guru sekolah rendah agama (SRA) dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) secara besar-besaran ke luar daerah dalam notis singkat.

Yang Dipertuanya, Muhammad Rashid Muhammad Kassim berkata, guru terlibat difahamkan terpaksa bertugas di sekolah daerah baharu sebaik sahaja pembukaan cuti persekolahan pada September depan.

Menurut beliau, kebanyakan guru mengadu kemungkinan besar mereka dipindahkan di luar daerah Kuala Selangor.

"Pertukaran tempat mengajar di daerah yang jauh dan mengapakah mereka diperlakukan sebegini rupa?," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Muhmmad Rashid, sekiranya benar perkara itu berlaku, pihaknya menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan dikenakan kepada guru terbabit yang sebahagian besarnya bukan penjawatan tetap.

Justeru, katanya, Pas berharap sekiranya pertukaran itu berlaku mestilah berlandaskan prinsip keadilan dan kesejahteraan.

"Jika pertukaran itu dalam daerah yang sama mungkin boleh diterima dan masuk akal sesuai dengan faktor munasabah.

"Kita harap kepimpinan JAIS dapat menilai semula keputusan pemindahan ini melalui tindakan yang matang, sejahtera dan berperikemanusiaan," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: