Isu pertukaran guru SRA, KAFA: JAIS akan keluar kenyataan

Mohd Shazihan Ahmad
Mohd Shazihan Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pertukaran guru sekolah rendah agama (SRA) dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) ke luar daerah secara besar-besaran selepas diberikan notis singkat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shazihan Ahmad berkata, pihaknya setakat ini tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: JAIS perlu jelas isu pertukaran guru SRA, KAFA ke luar daerah

Bagaimanapun beliau berkata, JAIS akan mengeluarkan kenyataan media bagi menjawab isu tersebut dan dakwaan yang dimainkan pihak yang terbabit dalam tempoh terdekat ini.

"Saya tidak mahu jawab lagi (dalam masa sekarang), namun saya akan buat kenyataan media (berhubung dakwaan berkenaan) nanti," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Jumaat, Pas Kawasan Kuala Selangor meminta JAIS memberi penjelasan berhubung dakwaan pertukaran guru SRA dan KAFA secara besar-besaran ke luar daerah dalam notis singkat.

Yang Dipertuanya, Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim dilaporkan berkata, guru terlibat difahamkan terpaksa bertugas ke sekolah di daerah baharu sebaik sahaja pembukaan cuti persekolahan pada September depan.

Menurut beliau, kebanyakan guru mengadu kemungkinan besar mereka akan dipindahkan di luar daerah Kuala Selangor.

Muhmmad Rashid menambah, sekiranya benar perkara itu berlaku, pihaknya menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan dikenakan kepada guru terbabit yang sebahagian besarnya bukan penjawatan tetap.

Artikel Berkaitan:

Justeru, katanya, Pas berharap sekiranya pertukaran itu berlaku ia mestilah berlandaskan prinsip keadilan dan kesejahteraan.