Pekerja restoran maut digilis lori simen

Lokasi kemalangan melibatkan basikal dsn lori simen di Jalan Tanjung Lumpur yang mengorbankan nyawa penunggang pada petang Rabu. Basikal yang ditunggang mangsa. -Foto FB Polis Trafik Kuantan
Lokasi kemalangan melibatkan basikal dsn lori simen di Jalan Tanjung Lumpur yang mengorbankan nyawa penunggang pada petang Rabu. Basikal yang ditunggang mangsa. -Foto FB Polis Trafik Kuantan
A
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja restoran yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas basikal ditunggangi terbabit kemalangan dengan sebuah lori simen di Jalan Tanjung Lumpur, Sungai Soi di sini pada petang Rabu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.05 petang itu, mangsa, Mohammad Hazami Ghani,19, dari Perkampungan Sungai Soi Jaya 1 yang parah di bahagian dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, bagaimanapun pemandu lori berusia 55 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari Sungai Soi menghala ke bandar Kuantan dan lori simen juga dari arah yang sama.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, basikal mangsa bergesel dengan lori berkenaan menyebabkan ia terjatuh sebelum digilis," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Kamarulzaman berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat selepas keputusan ujian Covid-19 diperoleh.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: