KKM akan lebih telus berhubung data Covid-19

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan) ketika hadir pada sidang media di kementeriannya hari ini. Turut kelihatan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kiri). -Foto Bernama
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan) ketika hadir pada sidang media di kementeriannya hari ini. Turut kelihatan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kiri). -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat ketetapan untuk meningkatkan tahap ketelusan kementerian itu dalam mengeluarkan data dan maklumat tambahan kepada orang ramai berhubung Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia untuk memastikan tiada lagi dakwaan bahawa kementerian berkenaan merahsiakan data yang diperoleh.

“Kami akan mula mengeluarkan pelbagai data secara terperinci bermula pada minggu hadapan dan ini adalah ‘granular data’ yang akan disediakan secara terbuka kepada semua untuk melihat lebih daripada data-data yang telah dibekalkan selama ini.

“Ia penting bagi mewujudkan kepercayaan orang ramai kepada kerajaan, malah tiada lagi unsur kerahsiaan atau pemalsuan maklumat, ” katanya.

Khairy berkata, pihaknya akan memberikan tumpuan dari segi proses vaksinasi dan juga aspek pengukuhan kesihatan awam kepada beberapa negeri yang mencatatkan penularan kes yang tinggi.

Menurutnya, antara negeri tersebut ialah Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Kesemua negeri ini bukan hanya menerima bekalan vaksin lebih tetapi sudah memulakan proses pemindahan dan juga set-set perubatan dari negeri yang tidak lagi memerlukan set dan tenaga kerja berlebihan.

“Ini bertujuan bagi memastikan kes harian dan bilangan rakyat Malaysia yang terpaksa dimasukkan ke hospital atau mengalami gejala serius serta kes kematian dapat dikurangkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: