X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Kes baharu Covid-19 kembali melebihi 20,000

Kes baharu Covid-19 kembali meningkat dengan 20,897 kes pada Selasa.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 di Malaysia kembali meningkat melebihi 20,000 apabila merekodkan sebanyak 20,897 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter beliau berkata, jumlah yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia kini mencecah 1.75 juta.

“Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 4,371kes diikuti Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159) dan Kedah (1,942) dan Pulau Pinang (1,732),” katanya.

Menurut beliau, tiga lagi negeri yang merekodkan kes melebihi 1,000 ialah Kelantan (1,479), Perak (1,204) dan Kuala Lumpur (1,003) manakala negeri yang merekodkan tiga angka melibatkan Pahang (798), Terengganu (608), Melaka (417) dan Negeri Sembilan (215).

Perlis pula merekodkan 64 kes diikuti Putrajaya (24) dan Labuan (satu).

Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan daripada keseluruhan kes baharu itu, sebanyak 422 kes atau dua peratus adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala sebanyak 20,475 kes atau 98 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 15,371 kes atau 73.6 peratus daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan pada Selasa adalah individu yang tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Sementara itu, beliau berkata, jumlah pesakit pulih ialah sebanyak 18,465 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 1,461,727 kes dengan kes aktif kini adalah 267,863 kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa sejumlah 1,005 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 464 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Beliau berkata, negara merekodkan sejumlah 282 kematian baharu pada Selasa melibatkan 238 warganegara dan 44 bukan warganegara dengan kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) adalah sebanyak 98.

Katanya, kes kematian yang berlaku melibatkan 139 kes di Selangor diikuti Johor (53), Kuala Lumpur (21), Sabah (15), Pulau Pinang (12) dan Kedah (11).

Kelantan merekodkan sembilan kes kematian pada Selasa dengan Pahang (tujuh), Melaka (lima), Negeri Sembilan dan Perak masing-masing tiga kes, Terengganu (dua) manakala Perlis, Sarawak dan Putrajaya adalah satu kes.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 22 kluster baharu dikesan pada Selasa dengan 11 daripadanya melibatkan tempat kerja, lapan komuniti, dua kluster berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan data terkini, nilai kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (Rt) Malaysia pada Isnin adalah 1.02 dengan negeri Perlis mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu 1.22 diikuti Sarawak (1.19) dan Sabah (1.12).

Katanya, semua negeri mencatatkan nilai Rt melebihi 1.0 kecuali Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, dan Negeri Sembilan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!