X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Loji Rawatan Sungai Semenyih dihentikan akibat pencemaran bau

Tangkap layar pada aplikasi Air Selangor berhubung notis gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas Loji Rawatan Sungai Semenyih akibat insiden pencemaran bau pada sumber air mentah di Muka Sauk Jenderam Hilir.
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Sungai Semenyih terpaksa dihentikan tugas sepenuhnya berikutan insiden pencemaran bau pada sumber air mentah di Muka Sauk Jenderam Hilir.

Air Selangor memaklumkan, senarai kawasan gangguan akan dimaklumkan nanti.

"Senarai kawasan gangguan bekalan akan dimaklumkan menerusi medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com," kata kenyataan itu menerusi status Facebook Air Selangor pada Selasa.

Sementara itu, menerusi aplikasi Air Selangor, sebanyak lima wilayah dijangka berdepan gangguan bekalan air.

Lima wilayah terbabit ialah di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Sepang dan Putrajaya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!