Air Selangor dapat pengiktirafan MBOR

Air Selangor memaklumkan, rekod itu disahkan MBOR pada 20 Ogos lepas.
Air Selangor memaklumkan, rekod itu disahkan MBOR pada 20 Ogos lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) untuk rekod Penyertaan Terbesar Bagi Persembahan Lagu Secara Maya sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-64.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, rekod itu disahkan MBOR semasa sesi nyanyian beramai-ramai lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad secara serentak pada 20 Ogos lalu melibatkan lebih 3,000 warga kerjanya.

"Di sebalik kekangan yang dihadapi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1, Air Selangor meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 dengan cara tersendiri iaitu secara maya dan berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Penyertaan Terbesar Bagi Persembahan Lagu Secara Maya.’

"Seramai 3,126 warga kerja Air Selangor menyanyikan lagu patriotik Tanggal 31 Ogos oleh Allahyarham Tan Sri Sudirman Haji Arshad," kata kenyataan itu di laman Facebooknya pada Ahad.

Tambah beliau, acara itu diadakan dengan matlamat untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja Air Selangor, di samping terus mendukung semangat kerjasama sepanjang tempoh pandemik ini.

Artikel Berkaitan: