X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Polis keluar kompaun RM3.6 juta langgar SOP di Kuching

Polis mengeluarkan 1,382 kompaun dengan nilai keseluruhan RM3.6 juta terhadap orang awam di Kuching kerana melanggar SOP sekatan pergerakan bagi menangani penularan Covid-19. - Foto Bernama
A
A

KUCHING - Polis mengeluarkan 1,382 kompaun dengan nilai keseluruhan RM3.6 juta terhadap orang awam di daerah ini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan bagi menangani penularan pandemik Covid-19 sejak Mei hingga Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, terdapat 10 kesalahan utama dikesan dilakukan orang awam sepanjang tempoh itu dengan kesalahan keluar rumah melebihi had waktu mencatat jumlah tertinggi iaitu 383 kes.

“Tidak mengamalkan penjarakan fizikal mencatat 279 kes, tidak memakai pelitup muka (173), kenderaan melebihi kapasiti (136), gagal mendaftar MySejahtera (129) dan melakukan aktiviti di tempat awam (79),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula mencatat 58 kes, premis beroperasi tanpa kebenaran (39), mengunjungi premis beroperasi tanpa kebenaran (22), rentas daerah tanpa premit (17) dan lain-lain kesalahan (67). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!