Polis rampas 1,382 bungkus sosej untuk pasaran utara

Polis merampas 1,382 bungkus sosej sejuk beku bernilai RM188,200 yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran di utara tanah air selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di Batu 6, Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang, Jeli pada Ahad.
Polis merampas 1,382 bungkus sosej sejuk beku bernilai RM188,200 yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran di utara tanah air selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di Batu 6, Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang, Jeli pada Ahad.
A
A
A

JELI - Polis merampas 1,382 bungkus sosej sejuk beku bernilai RM188,200 yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran di utara tanah air selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di Batu 6, Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang di sini pada Ahad.

Bertindak atas maklumat pada jam 11 malam, polis telah menahan sebuah lori jenis Hicom yang dinaiki suspek berusia 37 dan 38 tahun.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Saari Yaacob berkata, hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut telah menjumpai sejumlah bungkusan guni berisi makanan berupa sosej sejuk beku.

"Kesemua bungkusan tersebut didapati tidak mempunyai sebarang kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati bekalan sosej terbabit diseludup dari negara jiran untuk kegunaan pasaran tempatan di utara tanah air.

Ujarnya, semasa pemeriksaan, kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perakuan kelulusan dari pihak KKM ke atas bekalan sosej sejuk beku itu.

Saari memberitahu, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak KKM dan siasatan lanjut dijalankan bawah Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983.