Menyamar Ketua Polis Johor untuk menipu

 Ayob Khan Mydin Pitchay
Ayob Khan Mydin Pitchay
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis mengesan aktiviti penyamaran sebagai Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bagi tujuan jenayah penipuan.

Ayob Khan berkata, aktiviti itu dikesan pihaknya semenjak kebelakangan ini dengan menggunakan beberapa nombor telefon.

Katanya, nombor telefon yang dikesan melakukan aktiviti penipuan itu adalah 016-4818 565 dan 010-8368 223.

“Adalah diingatkan kepada semua masyarakat dan orang awam, supaya jangan mudah terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Khamis.

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai boleh membuat laporan di balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Johor di talian 07-225 4047 atau pegawai khasnya di talian 013-905 8124. -Bernama

Artikel Berkaitan: