Penduduk terjejas di Yan dapat bantuan barangan keperluan

Mohd Razlan (empat dari kanan) pada majlis penyerahan dan pelepasan bantuan banjir ke Yan di WTCKL pada Sabtu.
Mohd Razlan (empat dari kanan) pada majlis penyerahan dan pelepasan bantuan banjir ke Yan di WTCKL pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Penduduk yang terjejas akibat tragedi kepala air di Yan baru-baru ini mendapat bantuan berupa barangan keperluan berjumlah RM30,000 daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii.

Sumbangan tersebut diserahkan Mohd Razlan ketika majlis penyerahan dan pelepasan bantuan ke Yan di Dewan Tun Abdul Razak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Mohd Razlan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata, bantuan tersebut berupa makanan segera, lampin pakai buang, susu, minyak masak, beras, pelitup muka, biskut dan lain-lain.

"Saya mengharapkan bantuan ini dapat meringankan beban penduduk yang terbabit. UMNO dari dulu tidak pernah meninggalkan rakyat. Insya-ALLAH kita akan terus membantu mereka yang terlibat dengan musibah ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Razlan berkata, seramai 30 ahli sukarelawan Skuad Sabil daripada Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan turut serta menguruskan pengagihan bantuan sumbangan tersebut selain membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terlibat.

Artikel Berkaitan: