Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu selesai

 Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi membincangkan isu semasa termasuk pelantikan Perdana Menteri pada Jumaat selesai selepas hampir dua jam bersidang.
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi membincangkan isu semasa termasuk pelantikan Perdana Menteri pada Jumaat selesai selepas hampir dua jam bersidang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi membincangkan isu semasa termasuk pelantikan Perdana Menteri pada Jumaat selesai selepas hampir dua jam bersidang.

Kenderaan yang membawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dilihat keluar melalui Pintu 1, Istana Negara pada jam 4.22 petang diikuti kenderaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut kelihatan, kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir disusuli Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 4.30 petang.

Pada Isnin, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri bersama seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta-merta.

Susulan peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pada Selasa pula, Seri Paduka Baginda dan Timbalan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap ketua-ketua parti politik.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, kesemua 220 ahli Dewan Rakyat dititahkan untuk mempersembahkan surat akuan bagi menyatakan sokongan kepada seorang ahli Dewan Rakyat sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara sedaya upaya menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang Raja Berperlembagaan dan akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada Jumaat bagi membincangkan isu semasa.

Artikel Berkaitan: