Istana Negara nafi keluar kenyataan isu integriti perkhidmatan awam

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Istana Negara menafikan ada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu integriti perkhidmatan awam seperti yang tular di media sosial pada Selasa.

Menerusi catatan di Facebook, Istana Negara memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara tidak mengeluarkan kenyataan media seperti yang dipaparkan dan yang telah tular di media sosial, hari ini.

"Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan palsu itu menerusi mana-mana platform media,” menurut catatan itu. - Bernama.