X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Pemandu lori maut tersepit

Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat.
A
A

TAMPIN - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tiga tan, sebelum terjatuh ke tebing di Simpang Tiga Jelai, Bukit Rokan Gemas dekat sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Timbalan Bomba Kanan 1, L M Danapala, dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, selepas 12 minit dikeluarkan.

Katanya, kerja-kerja menyelamatkan mangsa mengambil masa 20 minit ekoran keadaan lori 10 tan tanpa muatan itu yang telah remuk menyebabkan mangsa tersepit.

"Sebaik sampai ke lokasi, kita dapati terdapat seorang lelaki telah tersepit di bahagian tempat duduk hadapan.

"Pihak bomba mengunakan peralatan khas untuk kerja-kerja menyelamat dan mengambil masa 20 minit, sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dan meninggal dunia selepas itu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Keadaan lori yang remuk akibat kemalangan di Bukit Rokan pada Jumaat.
Keadaan lori yang remuk akibat kemalangan di Bukit Rokan pada Jumaat.

Tambahnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Air Kuning yang hadir ke lokasi kejadian.

Pemandu lori tiga tan yang membawa muatan kerusi dan khemah yang turut terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan, dan dibawa ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

Kes kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!