Ahli Parlimen GPS, PN, BN menghadap Agong hari ini

Ahli-ahli Parlimen daripada GPS, BN dan PN dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 10 pagi pada Khamis.
Ahli-ahli Parlimen daripada GPS, BN dan PN dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 10 pagi pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi pada Khamis.

Difahamkan kehadiran ahli-ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap ahli-ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.

Artikel Berkaitan: