PSUAM cadang Najib sebagai PM interim

Syed Muhammad Imran (kanan) menunjukkan permohonan pengampunan diraja yang diserahkan di Istana Negara pada Jumaat.
Syed Muhammad Imran (kanan) menunjukkan permohonan pengampunan diraja yang diserahkan di Istana Negara pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) memohon pengampunan diraja ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus mencadangkan beliau sebagai Perdana Menteri interim.

Presidennya, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, Najib belum lagi disabitkan bersalah dan pengampunan tersebut merupakan restu Seri Paduka Baginda untuk menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri pada ketika ini.

"Saya lihat kebanyakan rakyat Malaysia ingin Najib kembali mentadbir negara. Dengan itu saya memohon mungkin di mata Seri Paduka Baginda jika ada kekhilafan yang berlaku ke atas Najib, saya memohon ia dapat dimaafkan.

"Dan kami memerlukan Perdana Menteri yang baharu sekarang. Jika Najib menjadi Perdana Menteri interim, dan keputusan rayuan mahkamah memihak kepada Najib, akan ada suara suara sumbang yang akan menyatakan Najib mencampuri urusan mahkamah, itu yang kita tidak mahu.

Syed Muhammad Imran ketika membaca kenyataan akhbar di Pintu 3, Istana Negara pada Jumaat.
Syed Muhammad Imran ketika membaca kenyataan akhbar di Pintu 3, Istana Negara pada Jumaat.

"Kami mahukan Najib mentadbir negara ini secara baik dan aman, tanpa ada ganggu gugat oleh sesiapa. Itulah yang dimaksudkan dengan pengampunan diraja," katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan permohonan pengampunan diraja di Istana Negara pada Jumaat.

Najib berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Mengulas lanjut, Syed Muhammad Imran berkata, meskipun ramai calon yang boleh dicadangkan sebagai Perdana Menteri interim atau 'caretaker' namun Najib mempunyai dua kriteria penting dalam mentadbir negara.

Artikel Berkaitan:

"Najib mempunyai dua kriteria untuk mengendalikan jawatan tersebut iaitu kepercayaan oleh Seri Paduka Baginda dan pengalaman beliau sebagai bekas Perdana Menteri dalam mentadbir negara.

"Beliau juga mempunyai hubungan diplomatik yang terbaik, dan saya yakin jika Najib kembali, negara kita bukan sahaja bebas daripada Covid-19 tetapi ekonomi negara mula mencanak naik," ujarnya.