Selangor agih 60,000 kit ujian Covid-19 percuma

Kerajaan negeri Selangor akan mengagihkan 60,000 kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada keluarga mangsa yang disahkan positif wabak itu pada September depan. Gambar hiasan
Kerajaan negeri Selangor akan mengagihkan 60,000 kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada keluarga mangsa yang disahkan positif wabak itu pada September depan. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mengagihkan 60,000 kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada keluarga mangsa yang disahkan positif wabak itu pada September depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kit itu akan diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Amirudin, kerajaan negeri juga menyediakan tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi bantuan khairat kematian kepada keluarga mangsa Covid-19.

"Peruntukan tambahan ini akan diberikan kepada 1,000 lagi keluarga mangsa Covid-19 dengan permohonan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021," katanya pada sidang akhbar secara dalam talian melalui aplikasi Zoom di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak RM2.7 juta diperuntukkan kepada 10,868 golongan pesawah di negeri ini.

"Bantuan itu meliputi benih padi, bahan kawalan serangga serta bahan perosak untuk meningkatkan pengeluaran padi sekali gus memelihara keselamatan bekalan makanan," katanya.

Mengulas mengenai pemberian vaksin di Selangor, Amirudin berkata, sebanyak 5.7 dos vaksin telah diagihkan di pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor menerusi Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Negeri Selangor (PICK).

Jelas beliau, daripada jumlah itu sebanyak 3.6 juta individu atau 77.17 peratus penduduk telah menerima dos vaksin pertama.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 2 juta individu atau 44.14 rakyat pula telah lengkap menerima dua dos vaksin," katanya.

Amirudin berkata, sebanyak 270,696 dos vaksin telah disuntik kepada rakyat menerusi Program Selangor Vaksin (SelVax) dengan seramai 70,138 telah lengkap menerima dua dos.

"Bagi warga Selangor yang belum menerima vaksin, anda boleh hadir terus secara 'walk-in' ke PPV di Selangor untuk disuntik vaksin secepat mungkin.

"Warga Selangor yang sudah menerima vaksin diharap kekalkan tabiat norma baharu dengan penuh hati-hati seperti menjaga jarak dan memakai pelitup muka," katanya.