X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 21 Oktober 2021

WHO jalankan kajian terhadap tiga lagi ubat Covid-19

A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menjalankan ujian terhadap tiga jenis ubat-ubatan yang digunakan bagi penyakit lain sebelum ini dalam usaha untuk merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Agensi itu memaklumkan tiga ubat-ubatan itu akan dimasukkan ke dalam kajian global yang sedang dijalankan bagi mengenal pasti potensi rawatan virus tersebut.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, tiga ubat-ubatan ini dipilih daripada pakar dalam kalangan panel bebas yang menilai semua bukti yang ada pada ubat-ubatan berkenaan.

"Hari ini kami ingin mengumumkan fasa seterusnya dalam ujian solidariti yang digelar 'solidarity plus', ia akan menguji tiga jenis ubat-ubatan, Artesunate - ubat untuk merawat malaria, Imatini - merawat beberapa jenis kanser dan Infliximab - untuk merawat penyakit imun seperti penyakit Crohn's.

"Ubat-ubatan ini dipilih oleh pakar panel bebas untuk menilai segala potensi untuk merawat dan ujian ini turut merangkumi ribuan kajian di lebih 600 hospital di 52 negara," katanya.

Ubat-ubatan ini juga dipilih oleh pakar panel badan bebas untuk mengurangkan kadar kematian selepas dijangkiti Covid-19.

Kajian yang dilakukan WHO sebelum ini turut merangkumi ujian terhadap empat jenis ubat-ubatan.

Antaranya termasuk Remdesivir dan Hydroxychloroquine yang dilaporkan tidak berkesan terhadap virus tersebut. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!