Datuk Bandar direman bantu siasatan terima rasuah

Datuk Bandar yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Datuk Bandar yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang Datuk Bandar direman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kesalahan menerima rasuah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuat permohonan berkenaan pada pagi Rabu.

Sebelum itu, suspek yang mengenakan baju lokap SPRM berwarna jingga tiba di pekarangan mahkamah jam 9 pagi pada Rabu dengan diiringi dua pegawai SPRM.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan SPRM Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah.

Penahanan suspek pada jam 3 petang Selasa itu dilakukan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

Hasil siasatan dijalankan mendapati suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek dilaksanakan di bawah kendalian majlis bandar raya yang dirinya menjadi Datuk Bandar di situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Datuk Bandar ditahan disyaki terima rasuah

Artikel Berkaitan: