X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

'Bukan salah Carlin'

Muhammad Shah Firdaus terjatuh dalam pelumbaan peringkat saringan keirin pada temasya sukan olimpik Tokyo 2020 di Veledrom Izu, Shizuoka hari ini. - Foto Bernama
A
A

[DIKEMAS KINI] PELUMBA Britain, Jack Carlin bukan punca utama yang menyebabkan pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terbabit kemalangan dalam saringan kedua acara Keirin Sukan Olimpik di Velodrome Izu pada Sabtu.

Walaupun nampak seperti Carlin menghimpit Muhammad Shah Firdaus, namun kemalangan itu berpunca daripada pelumba Belanda, Matthijs Buchli yang kemudiannya dikenakan amaran pada perlumbaan ulangan.

Pelumba negara, Mohamad Fadhil Zonis berkata, perkara itu berpunca daripada G-Force kerana kelajuan tinggi pelumba semasa di trek dan membuatkan pelumba hilang kawalan.

"Jika dilihat semula video, pelumba Belanda itu naik ke atas sedikit untuk memotong, jadi dia terlanggar Carlin dan menyebabkan Carlin bergerak dan terkena Muhammad Shah Firdaus.

"Kerana daya G-Force laju itu, Shah hilang kawalan dan jatuh tapi Carlin bernasib baik berjaya mengelak. Tapi Carlin pun salah kerana menjadi punca Shah terjatuh.

"To Malaysian. Please Jangan attack Jack Carlin di instagram atau mana mana sosial media. Sportmanship tu penting," katanya.

Kemalangan itu menyebabkan Muhammad Shah Firdaus mengalami kecederaan dan terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri daripada saringan pusingan pertama itu.

Bagaimanapun, Muhammad Shah Firdaus membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan repechage dan dia menamatkan saingan repechage di kedudukan kedua di belakang pelumba Trinidad & Tobago, Kwesi Browne sekali gus menempah tiket suku akhir.

Insiden kemalangan itu menyebabkan instagram Carlin diserang oleh netizen Malaysia dan menyebabkan pelumba Britain itu menutup ruangan komen.

Muhammad Shah Firdaus ketika ini sedang mendapatkan rawatan di hospital dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!