Sarang dadah diserbu, 15 penagih ditahan

15 penagih yang ditahan dibawa ke IPD SPU untuk reman dan siasatan lanjut.
15 penagih yang ditahan dibawa ke IPD SPU untuk reman dan siasatan lanjut.
A
A
A

SEBERANG PERAI UTARA- Seramai 15 penagih dadah ditahan dalam Ops Pencegahan Jenayah di Kampung Bakau Tua, Kuala Muda, Kepala Batas, petang semalam.

Kesemua yang ditahan merupakan buruh dan penganggur yang berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam operasi yang bermula jam 3 petang semalam hingga 1 pagi tadi itu, polis merampas 23.9 gram heroin dan 2.3 gram ganja.

"Hasil siasatan mendapati dadah tersebut adalah untuk kegunaan sendiri dan dijual di 'port' dadah berkenaan. Nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,048.

"Hasil ujian saringan urin, semua tangkapan didapati positif dadah jenis morfin dan methamphetamin. Semua tangkapan direman dan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis SPU untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(2) akta sama.

"Kita juga menyiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) akta sama kerana memiliki dadah berbahaya dan memasukkan dadah ke dalam badan," katanya.

Artikel Berkaitan: