X

Kindly register in order to view this article
!

Kadar jangka pendek kekal stabil

A
A

KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM33.17 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.30 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengadakan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion selama 14 hari dan RM500 juta untuk tempoh 21 hari.

Ia juga akan mengendalikan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM4 bilion selama tujuh hingga 31 hari.

BNM telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional berjumlah sehingga RM30.9 bilion dan RM14.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!