X

Kindly register in order to view this article
!

Kes global Covid-19 kini melebihi 200 juta

Kes Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 200 juta pada Rabu.
A
A

NEW YORK - Kes Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 200 juta pada Rabu, menurut data Universiti Johns Hopkins.

Sehingga jam 3.21 petang waktu tempatan, jumlah kes mencecah 200,014,602, dengan 4,252,873 kematian dicatatkan seluruh dunia.

Menurut Xinhua, Amerika Syarikat merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 35,292,721 dan 614,666 kematian, menyumbang kepada hampir 18 peratus kes global dan 15 peratus kematian.

India di tangga kedua dengan 31,769,132 kes diikuti Brazil 19,985,817 kes serta jumlah kematian kedua tertinggi di dunia iaitu 558,432.

Negara dengan jangkitan melebihi empat juta kes termasuk Rusia, Perancis, Britain, Turki, Argentina, Colombia, Sepanyol, Itali dan Iran.

Sementara negara yang melebihi 100,000 kematian pula ialah India, Mexico, Peru, Rusia, Britain, Itali, Colombia, Perancis, Argentina dan Indonesia.

Jumlah kes global mencecah 100 juta pada 26 Januari, telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh enam bulan. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!