X

Kindly register in order to view this article
!

17,150 kes Covid-19 direkodkan hari ini

Dr Noor Hisham
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 17,150 kes harian baharu positif Covid-19 pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal melaporkan kes tertinggi iaitu 6,326 kes diikuti dengan Kuala Lumpur 2,086 kes.

“Kedah (1,511), Johor (1,045), Sabah (1,002), Negeri Sembilan (809), Pulau Pinang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (lima),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 745 kes adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala sebanyak 16,405 kes lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19.

“Ada antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya, KKM turut mencatat 160 kes kematian melibatkan 55 kes di Selangor, 25 kes di Kuala Lumpur dan masing-masing 14 kes di Negeri Sembilan serta Johor.

“Masing-masing 10 kes di Melaka dan Kedah, lapan kes di Pahang, tujuh kes di Sabah, enam kes di Pulau Pinang, masing-masing empat kes di Kelantan dan Perak, serta tiga kes di Terengganu,” menurutnya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 195,273 kes aktif di seluruh negara dan 1,059 pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

“Seramai 531 kes memerlukan bantuan pernafasan,” tambahnya.

Katanya, sebanyak 23 kluster baharu yang dikesan membabitkan 11 kluster tempat kerja, diikuti dengan kluster komuniti (lapan), kumpulan berisiko tinggi (dua) dan masing-masing satu kluster daripada institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pusat tahanan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!