X

Kindly register in order to view this article
!

Tenaga pengajar tahfiz didakwa kemuka dokumen palsu

Mohd Idrus (tengah) bersama Saiful Izham (kiri) diiringi pegawai SPRM ke kaunter Mahkamah Alor Setar untuk membayar wang jaminan pada Rabu.
A
A

ALOR SETAR - Seorang tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu atas dakwaan menggunakan sekeping dokumen Cabutan Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengurusan Maahad Tahfiz Intan Sungai Petani Kali ke-8 yang dipercayai palsu pada tahun 2015.

Tertuduh, Mohd Idrus Ahmad, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Mengikut pertuduhan, Mohd Idrus didakwa dengan curang telah menggunakan satu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping Cabutan Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengurusan Maahad Tahfiz Intan Sungai Petani Kali ke-8 bertarikh 21 Jun 2015 di Pejabat Peguam Tetuan Badrul, Samad, Faik & Co di Kuala Muda pada 15 September 2019.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 puluh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zulfadli Azharudin manala tertuduh diwakili peguam bela, Saiful Izham Ramli.

Harmi Thamri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!