Anjing baka Poodle dirampas

Anjing baka Poodle yang dirampas Maqis Selangor di FCZ KLIA Kargo, Selasa lalu.
Anjing baka Poodle yang dirampas Maqis Selangor di FCZ KLIA Kargo, Selasa lalu.
A
A
A

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas dua ekor anjing baka Poodle daripada negara China kerana mempunyai identiti nombor mikrocip yang mengelirukan, Selasa lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, operasi rutin yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa Maqis pada jam 10 pagi di tapak pemeriksaan Maqis FCZ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo mendapati, nombor mikrocip yang di imbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang di ikrar dalam permit import Maqis.

Menurutnya, keperluan pemeriksaan nombor mikrocip yang tepat adalah penting bagi memastikan haiwan yang masuk ke dalam negara adalah sama dengan identiti tertera dalam sijil kesihatan diluluskan dari negara asal.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan maklumat yang mengelirukan.

"Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Sobri berkata, tindakan penguatkuasaan akan terus diberi perhatian di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

Jelasnya, ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!