X

Kindly register in order to view this article
!

Malaysia rakam penghargaan kepada negara sumbang vaksin Covid-19

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia merakamkan penghargaan kepada negara-negara yang telah menyumbang vaksin Covid-19 kepada negara ini dan membantu mempercepatkan lagi pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini tiga negara telah memberi sumbangan sekali gus menambah bekalan vaksin keseluruhan negara kepada 26.38 juta dos.

Jepun menyumbang sebanyak 998,400 dos vaksin AstraZeneca, Amerika Syarikat sebanyak 1,000,350 dos vaksin Pfizer dan China sebanyak 500,000 dos vaksin Sinovac.

“Bagi pihak kerajaan di Dewan yang mulia ini, saya ingin rakamkan penghargaan kepada negara-negara yang telah menyumbang vaksin kepada negara kita,” katanya ketika membentangkan penerangan berkenaan Program Vaksinasi di Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Hari ini adalah hari ketiga Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, kerajaan juga kini melalui Kementerian Luar sedang dalam perbincangan dengan beberapa negara lain yang telah menyatakan kesediaan untuk menyumbang vaksin seperti United Kingdom dan Arab Saudi. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!