X

Kindly register in order to view this article
!

Dua ahli Parlimen positif Covid-19, enam jalani kuarantin

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun
A
A

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan dua ahli Parlimen didapati positif Covid-19 sekali gus tidak dapat menyertai Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung pada Isnin.

Menurut beliau, susulan itu terdapat enam lagi ahli Parlimen yang terpaksa menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada dua ahli Parlimen berkenaan.

"Hasil ujian saringan Covid-19 yang diadakan Jumaat lalu juga mendapati seramai 13 orang kakitangan Parlimen yang didapati positif.

"Berikutan itu, seramai 58 kakitangan Parlimen turut menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada mereka yang positif," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!