119 kes varian baharu VOC dikesan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 119 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan di seluruh negara bagi tempoh 12 hingga 22 Julai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua varian itu merupakan varian yang membimbangkan (VOC).

"Jumlah itu terdiri daripada 106 kes varian Delta, 10 kes Beta dan tiga adalah Alpha," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di sini pada Jumaat.

Menurutnya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 429 kes.

"Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 409 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

"Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 189 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta," katanya.

Data kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mendapati Sarawak melaporkan jumlah jangkitan varian Delta tertinggi dengan 76 kes bagi tempoh tersebut.

Ia diikuti Selangor yang mengesan 10 kes Delta, tiga varian Alpha dan satu Beta.

Artikel Berkaitan:

Pahang merekodkan lapan kes varian Delta, Johor (empat) Kuala Lumpur (tiga), Kedah (dua) dan masing-masing satu kes di Perak, Negeri Sembilan serta Kelantan.

Dua kes Beta turut dikesan di Johor dan Pulau Pinang manakala Perak (tiga), Kedah (satu) serta Negeri Sembilan (satu).