SAM, HakkaClo ringankan beban petugas PUSUM WPKL

Norismadi menyerahkan sumbangan tersebut kepada Dr Rusilawati di Kompleks Sukan ISN, Jalan Raja Muda Kampung Baru Kuala Lumpur pada Khamis.
Norismadi menyerahkan sumbangan tersebut kepada Dr Rusilawati di Kompleks Sukan ISN, Jalan Raja Muda Kampung Baru Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) terus melangkah ke hadapan apabila tampil menyumbangkan pakaian kepada Pusat Sehenti Urus Mayat Kuala Lumpur (PUSUM WPKL) pada Khamis.

Ia merupakan kerjasama SAM dengan syarikat pengeluar pakaian HakkaClo yang turut prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pusat berkenaan.

PUSUM WPKL yang mempunyai seramai 100 petugas memerlukan pakaian outdoor bagi menjalankan tugas harian mereka yang semakin membebankan sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Kes kematian yang semakin meningkat sepanjang pandemik ini, menyebabkan pusat tersebut mengalami kekurangan pakaian untuk digunakan petugasnya bagi kerja-kerja pengurusan mayat.

Bagi SAM, sumbangan tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial (CSR) Biro SAMprihatin bersama-sama rakan penaja mereka, selain bertujuan mengukuhkan hubungan baik dengan komuniti setempat.

"SAM berterima kasih kepada Pengerusi HakkaClo, Noor Sollihin Mohamed yang telah sudi memberi kerjasama bagi membantu meringankan beban dihadapi oleh PUSUM WPKL.

“Ini adalah antara tanggungjawab sosial SAM menerusi Biro SAMprihatin, dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu sebaik mungkin.

“Kami berharap sumbangan kecil ini dapat membantu mengatasi masalah yang sedang dihadapi PUSUM WPKL,” jelas Pengerusi SAMprihatin, Mohd Hazreen Nor Mubarak dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengerusi HakkaClo, Noor Sollihin yang turut hadir pada majlis tersebut berkata, pihaknya bangga kerana dapat bekerja sama dengan SAM untuk memberi sumbangan pakaian kepada pusat berkenaan.

Menurut Noor Sollihin, ia adalah antara tanggungjawab sosial syarikat berkenaan dan berharap agar ia dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh PUSUM WPKL.

Sejumlah 500 helai pakaian outdoor telah disumbangkan kepada pusat tersebut dan setiap petugasnya akan menerima lima helai seorang.

Sejak Covid-19 melanda negara, PUSUM WPKL mengendalikan lebih 100 mayat setiap hari.

Majlis sumbangan tersebut yang disampaikan kepada Timbalan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Rusilawati Judin di pejabat pusat berkenaan di Kompleks Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Jalan Raja Muda Kampung Baru Kuala Lumpur.

Turut hadir Exco SAM yang diketuai presidennya, Norismadi Abd Manap