X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Lebih 14.3 juta dos vaksin diberikan setakat Ahad

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini mencecah 14,347,285 dos suntikan di seluruh negara setakat Ahad.
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini mencecah 14,347,285 dos suntikan di seluruh negara setakat Ahad, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter, beliau memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 4,531,550 individu lengkap dos kedua iaitu 13.9 peratus populasi negara.

Jumlah pemberian vaksin pada Ahad ialah sebanyak 344,961 dos suntikan dengan 244,761 untuk penerima dos pertama dan 100,200 lengkap dos kedua.

Menerusi hantaran sama, Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 62 peratus, diikuti Sarawak (43.8 peratus), Perlis (36.1 peratus), Negeri Sembilan (20 peratus) dan Lembah Klang (19.9 peratus). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!