Pelatih haiwan wanita diserang beruang sarkas

Seekor beruang sarkas bertindak di luar dugaan apabila menyerang pelatihnya.
Seekor beruang sarkas bertindak di luar dugaan apabila menyerang pelatihnya.
A
A
A

MOSCOW - Seekor beruang yang sedang beraksi di hadapan penonton tiba-tiba menyerang pelatih haiwan itu di sebuah sarkas di Berezovsky, Rusia pada Sabtu lalu.

Kejadian itu dirakamkan oleh seorang penonton di sarkas tersebut.

Turut sama menyaksikan insiden itu ialah orang ramai termasuk kanak-kanak dan ibu bapa.

Beruang yang sedang berdiri dan berjalan itu tiba-tiba bertindak di luar kawalan apabila menyerang pelatih haiwan wanita berkenaan.

Haiwan itu turut memegang pergelangan kaki wanita berkenaan yang mengakibatkannya jatuh di hadapan penonton.

Namun, dua orang lelaki yang merupakan anggota persembahan sarkas itu berjaya menarik leher beruang itu dan menjauhkan haiwan tersebut dari pelatih wanita berkenaan.

Seorang anggota persembahan lelaki (kanan) halang seekor beruang daripada terus menyerang pelatih haiwan wanita di sebuah sarkas di Berezovsky, Rusia pada Sabtu lalu. - Foto The Siberian Times
Seorang anggota persembahan lelaki (kanan) halang seekor beruang daripada terus menyerang pelatih haiwan wanita di sebuah sarkas di Berezovsky, Rusia pada Sabtu lalu. - Foto The Siberian Times

Rakaman video daripada penonton itu menunjukkan satu lagi serangan beruang ke atas pelatih haiwan wanita tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian itu, beruang tersebut menyerang pelatih haiwan berkenaan ketika ia sedang berdiri.

Namun, seorang lelaki yang juga merupakan anggota persembahan sarkas itu tangkas menghalang haiwan tersebut daripada terus melakukan serangan.

Dalam kedua-dua kejadian itu, pelatih haiwan tersebut tidak mengalami kecederaan parah.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia dilaporkan sedang mengkaji insiden itu bagi mengetahui sama ada terdapat pelanggaran prosedur keselamatan semasa melakukan persembahan.

Dalam pada itu, pemilik sarkas terbabit menafikan berlakunya kejadian itu walaupun terdapat rakaman video menunjukkan seekor beruang melakukan serangan. - Agensi