PKPD beberapa lokaliti di empat negeri mulai Isnin

Gambar hiasan. - Foto Bernama
Gambar hiasan. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Isnin ini akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di negeri Sabah, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, PKPD di Sabah akan dijalankan di QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV, Kuarters Pekerja Onika Kuari, Tawau, Kampung Tinusa 2, Sandakan dan Apartment Seri Maju,Kota Kinabalu.

Menurut beliau, bagi Negeri Sembilan empat lokaliti akan dikenakan PKPD membabitkan Taman Chembong Utama, Taman Chembong Jaya, Taman Setia Raja, Mukim Chembong, dan Taman KSNS, Mukim Pedas.

"Untuk Pahang, kawasan dikenakan PKPD ialah Pos Iskandar, Bera, Kuala Medang, Lipis. Manakala di Sarawak, Kampung Garung, Kuching dan Kampung Pasir Hilir, Daerah Lundu.

"Kesemua lokaliti ini akan dilaksanakan PKPD 14 hari bermula 19 Julai 2021 sehingga 1 Ogos 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pelanjutan PKPD di beberapa kawasan di tiga buah negeri iaitu Sabah, Kedah dan Kelantan.

Jelasnya, di Kedah ia membabitkan tiga lokaliti iaitu Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Taman Lembah Permai,Kawasan Perindustrian

Bakar Arang (termasuk Taman Cahaya PKNK) dimana kesemuanya berada di daerah Kuala Muda.

Artikel Berkaitan:

"Bagi Sabah, kawasan yang dilanjutkan PKPD ialah Taman Zifa, Bingkul, Beaufort, dan Kampung Simpangan, Kota Marudu manakala di Kelantan Kampung Bukit Tanah, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh.

"Setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, telah bersetuju untuk melanjutkan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan," katanya.