Peniaga medan selera mohon pengecualian bayaran sewa premis

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, Mohd Zaidi Mahamud (kanan) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada penerima sambil diperhatikan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah Cawangan Kota Setar, Mohd Kholib Hamid (kiri) selepas Program Bantuan Penjaja untuk Penjaja di Medan Selera Mergong, di sini, pada Sabtu.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, Mohd Zaidi Mahamud (kanan) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada penerima sambil diperhatikan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah Cawangan Kota Setar, Mohd Kholib Hamid (kiri) selepas Program Bantuan Penjaja untuk Penjaja di Medan Selera Mergong, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Peniaga di medan selera di Kota Setar yang berada di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) merayu pengecualian bayaran sewa premis pada kadar segera.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah Cawangan Kota Setar, Mohd Kholib Hamid berkata, pihaknya memohon tempoh pengecualian bayaran sewa premis itu selama enam bulan.

Pengecualian bayaran sewa ini, kata Mohd Kholib bagi meringankan bebanan mereka yang terkesan ketika berdepan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Orang mungkin nampak peniaga berkenaan berniaga seperti biasa namun hakikatnya, belum tentu mereka menjana pendapatan.

"Walaupun bayaran sewa premis di medan selera sekitar RM150 hingga RM250, namun tidak semua peniaga mampu membayarnya ketika pandemik Covid-19 ketika ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas Program Bantuan Penjaja untuk Penjaja di Medan Selera Mergong, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, Mohd Zaidi Mahamud.

"Bayangkan, hanya tiga hingga empat kedai di medan selera beroperasi, itu pun mereka tidak mendapat untung kerana orang tidak ramai datang membeli, sebab itulah kami memohon bayaran sewa premis di bawah PBT dikecualikan dalam tempoh tertentu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, seramai 50 penerima terdiri daripada peniaga dan penduduk setempat menerima bakul makanan disumbangkan kerajaan negeri melalui program Beras Sejahtera bagi memastikan tiada penduduk terputus bekalan makanan.

"Antara barangan keperluan asas diberikan termasuklah beras, kicap, bihun, minyak, susu dan gula bagi meringankan bebanan mereka yang terkesan akibat pandemik," katanya.

Bantuan diserahkan secara pandu lalu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.